Cara yang betul untuk menjaga facemask

Posted by FX Scalperz
How to Maintain your scuba mask - Scuba Professionals of Arizona: http://youtu.be/gRxK09HeIUM more »

Kursus Penyelam Kapal

Posted by FX Scalperz

Setelah aku selesai SDI Advanced Adventure Diver, 3 bulan selepas itu aku mengikuti Kursus Penyelam Kapal (Ship Diver Course) selama lebih kurang 2 bulan (26 Mac - 15 Mei 2012) di KD Duyong, Pusat Selam TLDM yang berada di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut. Banyak perkara baru berkaitan diving dan pengalaman yang aku belajar selama berkursus di sini. Kursus ini adalah salah satu syarat untuk melayakkan aku menjadi seorang Penyelam di dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selepas ini aku namakan MMEA Diver. 

Walaupun aku sudah mempunyai lesen untuk diving sebelum ini, namun itu tidak dikira kerana lesen itu hanyalah untuk tujuan selam rekreasi sahaja. Berbeza dengan kursus yang aku ikuti ini aku belajar menyelam untuk buat kerja atau lebih dikenali sebagai SelamTeknikal (Tec Diving). Kursus ini bukan sahaja menguji kekuatan fizikal tetapi juga mental. Pada mulanya kami seramai 20 orang peserta yang mengikuti kursus ini, namun setelah kursus berakhir hanya 12 orang di antara kami yang lulus. Ada peserta yang gagal medical checkup dan ada yang tarik diri kerana tak tahan dengan latihan fizikal yang diberikan. 

Aku tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai kursus ini, kerana ianya telah diceritakan dengan details oleh Brader Spy Leman di dalam blog beliau Aku Menyelam Untuk Hidup... cukuplah aku hanya berkongsi gambar-gambar semasa latihan sahaja di sini.

Setelah hampir 2 bulan berkursus, maka tamatlah latihanku dengan Navy Diver. Aku kembali ke unit asalku di Kota Kinabalu dan secara rasminya bergelar MMEA Diver (Penyelam APMM). 

Merujuk kepada Dasar Penyelaman APMM bertarikh 21 Ogos 2008, jenis tugas yang akan dilakukan oleh setiap penyelam APMM antaranya termasuklah tugas-tugas berikut :
  1. Melaksanakan pemeriksaan bawah air ke atas kapal-kapal dan fasiliti-fasiliti penting di pelabuhan;
  2. Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue);
  3. Memberi sokongan dan bantuan tugas menyelam kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
  4. Pembaikan dan senggaraan di bawah permukaan air kapal-kapal APMM;
  5. Mencari dan mengambil bahan bukti di dasar laut;
  6. Mencari mayat;
  7. Kerja-kerja penimbulan (salvage);
  8. Memberi perkhidmatan bantuan kepada pihak awam dalam kerja-kerja di bawah permukaan air; 
  9. Tugas selam lain yang menggunakan SCUBA (self-contained underwater breathing apparatus) atau SSDE (surface supply diving equipment);
  10. Sebagai rescue swimmer.
Sekian untuk entri kali ini. InsyaAllah dalam entri akan datang aku akan berkongsi pengalaman aku Dive with Sharks di Aquaria KLCC.



more »

Diving Medicine for Scuba Divers - FREE eBook

Posted by FX Scalperz

I just found out that the "Diving Medicine for Scuba Divers" book, previously sold by the Divers Alert Network (DAN) is now available in eBook format for FREE!

If you're interested in learning more about medical conditions, medicines and treatments related to scuba diving, this book is invaluable. Download it from here:

http://www.divingmedicine.info/
more »

Training manual for the UNESCO foundation course on the protection and management of underwater cultural heritage in Asia and the Pacific

Posted by FX Scalperz

Training Manual for the UNESCO Foundation Course on the Protection and Management of Underwater Cultural Heritage in Asia and the Pacific is a fruit of a UNESCO regional capacity-building project to protect and manage underwater archaeological sites through the establishment of a regional Centre of Excellence, funded by the Royal Government of Norway.
It provides a consistent curriculum for Foundation Courses and a high standard of delivery of the training units. It also provides future trainers with a framework that enables them to create personalized presentations, practical sessions and assessments.

UNESCO, in collaboration with the Underwater Archaeology Division of the Fine Arts Department, Ministry of Culture, Thailand, and ICOMOS-ICUCH, has established the Asia-Pacific Regional Field Training Centre on Underwater Cultural Heritage in Chanthaburi Province, Thailand, and from 2009 to 2011 hosted three Foundation Courses and two Advanced Course concerning the protection of the underwater cultural heritage in the Asia-Pacific region. The units as presented in this manual are the result of the interaction between UNESCO, trainers, students during the first three foundation courses in Thailand. These insights resulted in the content of the units and appendices; the sequence of delivery of topics refined to maximize the educational benefits for the students.

Free download of the Training Manual (Link unesdoc.unesco.org/images/0021/002172/217234e.pdf)
more »

Lesen untuk diving

Posted by FX Scalperz
Sebenarnya aku mula berminat untuk menjadi seorang diver semenjak bertugas di Labuan (tahun 2008-2011) sebagai Penguatkuasa Maritim. Pada masa itu ada 2-3 orang rakan sekerjaku yang telah ambil lesen Open Water Diver. Namun, oleh kerana terdapat pelbagai kekangan dan kurangnya pendedahan kepada dunia diving maka terpaksa aku pendamkan dulu hasrat untuk menjadi seorang diver buat sementara waktu. 


Pulau Labuan, tempat bertugasku selama 3 tahun
Instagram
Pada penghujung tahun 2011 (bulan November) aku telah ditukarkan tempat bertugas dari Labuan ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya pertukaran ini adalah di atas permintaan aku sendiri. Setelah melapor diri di tempat bertugas yang baru aku mula belajar diving dengan mengambil lesen SDI Open Water Scuba Diver (asas untuk menjadi seorang diver) pada 16 November 2011 di Sabah Divers. Course ini berlangsung selama 3 hari di mana pada hari pertama aku belajar teori selaman di dalam kelas dan seterusnya exam bertulis. Pada hari kedua dan ketiga kami mula belajar diving (confined water training & open water dive) di Pulau Sapi yang berada di dalam  Tunku Abdul Rahman Marine Park. Untuk ke Pulau Sapi perjalanan lebih kurang 15-20 minit dari Jesselton Point, Kota Kinabalu dengan menaiki bot laju. 


Jesselton Point, jeti untuk ke pulau-pulau di Tunku Abdul rahman Marine Park dan juga tempat para divers melepak
Akhirnya pada 18 November 2011 aku telah berjaya mendapatkan lesen untuk diving. Lesen Open Water ni melayakkan diver untuk menyelam sehingga ke kedalaman 18 meter.
Antara skill2 yang diajar




Sabah Divers, tempat di mana aku mula belajar diving (www.sabahdivers.com)
Selepas lebih kurang seminggu dapat lesen Open Water aku terus sambung course SDI Advanced Adventure Diver. Course ini adalah sambungan daripada Open Water Scuba Diver cuma lagi advanced je la. Aku diajar advanced bouyancy, underwater compass navigation dan juga deep dive (menyelam ke kedalaman 30 meter). Instructor aku ialah Jason Oh, seorang Cina dari Ipoh, Perak tetapi telah lama menetap di Sabah. Beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia diving (lebih kurang 15 tahun). Memang senang sangat faham apa yang di ajar. Boleh dikatakan beliau adalah seorang pakar/expert menyelam. Dan sememangnya tugas pakar adalah untuk menjadikan sesuatu benda yang susah itu menjadi mudah. Banyak yang aku dapat pelajari dari beliau tentang diving.







Macam ni la rupanya diver's certification card, bukti yang seseorang diver itu mempunyai lesen untuk menyelam dan perlu ditunjukkan setiap kali diver ingin diving di mana2  dive resort atau dive centre
Sekian dulu entri kali ini. InsyaAllah dalam entri akan datang aku akan ceritakan tentang pengalaman aku mengikuti Kursus Ship Diver selama 2 bulan di KD Duyong, Pusat Selam TLDM bersama Navy Diver. 
more »

Intro

Posted by FX Scalperz


Assalamualaikum w.b.t,

Hai, 

Namaku Diver Lukman,tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menceritakan tentang kisah hidupku sebagai seorang penyelam atau diver. Sesuai dengan tajuknya Sia Diver yang bermaksud Saya Penyelam (Sia dalam bahasa Sabah bermaksud Saya). Kenapa Sia dan kenapa juga Sabah? Di negeri inilah bermulanya kisah hidup aku menjadi seorang diver dan bermacam-macam pengalaman yang ditempuhi setelah bergelar diver sama ada yang manis atau pahit. InsyaAllah akan aku ceritakan di dalam blog ini pada penulisan yang akan datang.


Antara tujuan lain blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi aktiviti diving aku dan juga informasi-informasi berkaitan dengan diving. 

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di entri akan datang.


more »