Lesen untuk diving
Sebenarnya aku mula berminat untuk menjadi seorang diver semenjak bertugas di Labuan (tahun 2008-2011) sebagai Penguatkuasa Maritim. Pada masa itu ada 2-3 orang rakan sekerjaku yang telah ambil lesen Open Water Diver. Namun, oleh kerana terdapat pelbagai kekangan dan kurangnya pendedahan kepada dunia diving maka terpaksa aku pendamkan dulu hasrat untuk menjadi seorang diver buat sementara waktu.
Pada penghujung tahun 2011 (bulan November) aku telah ditukarkan tempat bertugas dari Labuan ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya pertukaran ini adalah di atas permintaan aku sendiri. Setelah melapor diri di tempat bertugas yang baru aku mula belajar diving dengan mengambil lesen SDI Open Water Scuba Diver (asas untuk menjadi seorang diver) pada 16 November 2011 di Sabah Divers. Course ini berlangsung selama 3 hari di mana pada hari pertama aku belajar teori selaman di dalam kelas dan seterusnya exam bertulis. Pada hari kedua dan ketiga kami mula belajar diving (confined water training & open water dive) di Pulau Sapi yang berada di dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park. Untuk ke Pulau Sapi perjalanan lebih kurang 15-20 minit dari Jesselton Point, Kota Kinabalu dengan menaiki bot laju.
Akhirnya pada 18 November 2011 aku telah berjaya mendapatkan lesen untuk diving. Lesen Open Water ni melayakkan diver untuk menyelam sehingga ke kedalaman 18 meter.
Selepas lebih kurang seminggu dapat lesen Open Water aku terus sambung course SDI Advanced Adventure Diver. Course ini adalah sambungan daripada Open Water Scuba Diver cuma lagi advanced je la. Aku diajar advanced bouyancy, underwater compass navigation dan juga deep dive (menyelam ke kedalaman 30 meter). Instructor aku ialah Jason Oh, seorang Cina dari Ipoh, Perak tetapi telah lama menetap di Sabah. Beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia diving (lebih kurang 15 tahun). Memang senang sangat faham apa yang di ajar. Boleh dikatakan beliau adalah seorang pakar/expert menyelam. Dan sememangnya tugas pakar adalah untuk menjadikan sesuatu benda yang susah itu menjadi mudah. Banyak yang aku dapat pelajari dari beliau tentang diving.
Sekian dulu entri kali ini. InsyaAllah dalam entri akan datang aku akan ceritakan tentang pengalaman aku mengikuti Kursus Ship Diver selama 2 bulan di KD Duyong, Pusat Selam TLDM bersama Navy Diver.
![]() |
Pulau Labuan, tempat bertugasku selama 3 tahun![]() |
![]() |
Jesselton Point, jeti untuk ke pulau-pulau di Tunku Abdul rahman Marine Park dan juga tempat para divers melepak |
![]() |
Antara skill2 yang diajar |
![]() |
Sabah Divers, tempat di mana aku mula belajar diving (www.sabahdivers.com) |
Sekian dulu entri kali ini. InsyaAllah dalam entri akan datang aku akan ceritakan tentang pengalaman aku mengikuti Kursus Ship Diver selama 2 bulan di KD Duyong, Pusat Selam TLDM bersama Navy Diver.
tahniah man...baru ku tahu...hihi
ReplyDeletemana butang followers? aku x leh nak follow mung
terima kasih, tgh update lagi blog ni...tunggu ye
ReplyDelete