Kursus Penyelam Kapal


Setelah aku selesai SDI Advanced Adventure Diver, 3 bulan selepas itu aku mengikuti Kursus Penyelam Kapal (Ship Diver Course) selama lebih kurang 2 bulan (26 Mac - 15 Mei 2012) di KD Duyong, Pusat Selam TLDM yang berada di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut. Banyak perkara baru berkaitan diving dan pengalaman yang aku belajar selama berkursus di sini. Kursus ini adalah salah satu syarat untuk melayakkan aku menjadi seorang Penyelam di dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selepas ini aku namakan MMEA Diver. 

Walaupun aku sudah mempunyai lesen untuk diving sebelum ini, namun itu tidak dikira kerana lesen itu hanyalah untuk tujuan selam rekreasi sahaja. Berbeza dengan kursus yang aku ikuti ini aku belajar menyelam untuk buat kerja atau lebih dikenali sebagai SelamTeknikal (Tec Diving). Kursus ini bukan sahaja menguji kekuatan fizikal tetapi juga mental. Pada mulanya kami seramai 20 orang peserta yang mengikuti kursus ini, namun setelah kursus berakhir hanya 12 orang di antara kami yang lulus. Ada peserta yang gagal medical checkup dan ada yang tarik diri kerana tak tahan dengan latihan fizikal yang diberikan. 

Aku tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai kursus ini, kerana ianya telah diceritakan dengan details oleh Brader Spy Leman di dalam blog beliau Aku Menyelam Untuk Hidup... cukuplah aku hanya berkongsi gambar-gambar semasa latihan sahaja di sini.

Setelah hampir 2 bulan berkursus, maka tamatlah latihanku dengan Navy Diver. Aku kembali ke unit asalku di Kota Kinabalu dan secara rasminya bergelar MMEA Diver (Penyelam APMM). 

Merujuk kepada Dasar Penyelaman APMM bertarikh 21 Ogos 2008, jenis tugas yang akan dilakukan oleh setiap penyelam APMM antaranya termasuklah tugas-tugas berikut :
  1. Melaksanakan pemeriksaan bawah air ke atas kapal-kapal dan fasiliti-fasiliti penting di pelabuhan;
  2. Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue);
  3. Memberi sokongan dan bantuan tugas menyelam kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
  4. Pembaikan dan senggaraan di bawah permukaan air kapal-kapal APMM;
  5. Mencari dan mengambil bahan bukti di dasar laut;
  6. Mencari mayat;
  7. Kerja-kerja penimbulan (salvage);
  8. Memberi perkhidmatan bantuan kepada pihak awam dalam kerja-kerja di bawah permukaan air; 
  9. Tugas selam lain yang menggunakan SCUBA (self-contained underwater breathing apparatus) atau SSDE (surface supply diving equipment);
  10. Sebagai rescue swimmer.
Sekian untuk entri kali ini. InsyaAllah dalam entri akan datang aku akan berkongsi pengalaman aku Dive with Sharks di Aquaria KLCC.




2 comments:

  1. Assalam saudara lukman. Mcm mn nk apply kursus diver ni ye?

    ReplyDelete
  2. Sallam
    Nama saya Kaza@Zamalani saya seorang Divemasters yang sedang mengikuti Instructor Development Course. Saya sangat berminat dengan kursus yang abang ikuti dan juga berharap dapat menyertai pasukan salvage diver abang, Maklumkan saya sekiranya terdapat peluang pekerjaan ditempat abang.

    Kazahjmusa@gmail.com
    01131592514

    ReplyDelete